Ads (728x90)

Tips Jika Menghadiri Karnival Kerjaya | Saya perhatikan ada beberapa pola perangai yang ditunjukkan oleh graduan ketika menghadiri Pameran Kerjaya (Career Fair) di Malaysia. Ada yang bagus dan ada yang tidak. Menarik untuk dikongsikan buat pengajaran kita bersama.


PAKAIAN 
Ya, tiada kod pakaian khusus untuk menghadiri Pameran Kerjaya. Memadailah memakai kemeja dan seluar panjang bagi lelaki dan smart casual bagi perempuan. Tali leher dan kot tidak diperlukan kecuali jika anda menghadiri temuduga. Seeloknya disimpan sahaja di dalam beg dan tidak perlulah dipakai setiap masa kerana anda akan berpeluh-peluh dalam kesesakan pengunjung.


PENGENALAN DIRI
Mulakan perbualan dengan memperkenalkan nama, latarbelakang pendidikan dan kemahiran kendiri. Jangan terlalu panjang kerana ini bukan sesi temuduga, Keep It Short and Simple (KISS). Janganlah dimulakan perbualan dengan bertanya "Bang, sini ada kerja kosong ke?" Pameran Kerjaya bukanlah seperti laman web yang menyenaraikan jawatan kosong. Sekiranya anda memiliki potensi, syarikat akan sanggup melakukan apa sahaja untuk membawa anda menyertai mereka.


KEYAKINAN DIRI
Suasana di Pameran Kerjaya selalunya panas dan bising dengan pengunjung. Di sinilah tahap keyakinan diri anda akan tercabar untuk cuba menarik perhatian wakil syarikat. Kekalkan tahap energi dan lontarkan suara dengan bahasa badan yang meyakinkan. Jaga penampilan terutamanya bau badan, bulu hidung dan bau mulut. Gula-gula Fisherman's Friend mungkin boleh membantu ;-)


RESUME
Akhir sekali adalah resume, sebagai satu-satunya "wakil" dan "jurucakap" anda kepada pihak syarikat. Sekiranya anda berjaya melaksanakan tiga perkara di atas dengan baik, serahkan resume kepada wakil syarikat (bukan diletakkan di dalam kotak yang disediakan), kerana kebarangkalian besar resume anda akan diasingkan daripada resume mereka yang biasa-biasa. Oleh itu, bawalah resume secukupnya dan jangan sampai kehabisan salinan. Seeloknya, bawalah resume dalam bentuk soft copy di dalam pendrive atau hard disc.



* Tambahan

STRATEGI

Sediakan strategi bagi memaksimumkan masa tuan/puan di acara ini. Jangan habiskan masa bersama majikan yang tidak menjadi pilihan anda.

Jangan abaikan majikan yang mengadakan pengambilan bagi jawatan yang di luar bidang anda; ambil masa untuk ‘network’ (berkenalan) dengan pegawai mereka dan cuba dapatkan nama bagi Pengurus yang membuat pengambilan.

Cuba lakukan penyelidikan asas bagi setiap majikan yang anda harap untuk bertemuduga pada masa Karnival Pekerjaan Pekerjaan itu. Soalan yang biasa ditanya semasa temuduga di tempat ini oleh pegawai penemuduga ialah “Kenapa anda ingin bekerja dengan syarikat kami”.

Jangan hanya meninggalkan resume anda di meja Syarikat dan terus berlalu.

Cuba sediakan ‘iklan’ pendek yang memberi fokus kepada kekuatan yang anda miliki dan boleh disumbangkan kepada bakal majikan. Bersedialah untuk soalan-soalan temuduga yang biasa ditanya.

Jangan rasa takut atau terancam oleh kehadiran penemuduga, mereka di sana untuk melakukan kerja mereka; ia itu untuk berjumpa dan menapis bakal pekerja mereka.

Bersedialah untuk menceritakan tentang pengalaman kerja, kemahiran dan kebolehan. Bagi yang baru lepas belajar, sediakan jawapan bagi soalan tentang CGPA anda. (Gunakan CGPA, major, kursus, tempat belajar yang dapat menunjukkan kekuatan anda)

Cuba sediakan soalan yang sesuai ditanya untuk setiap majikan, tetapi jangan tanya soalan yang sepatutnya diketahui umum seperti “Apakah yang Syarikat Tuan lakukan”.

Cuba sebutkan nama penemuduga beberapa kali semasa perbualan anda dengan mereka, walaupun terpaksa menjeling kepada ‘name tag’ nya. Kalau boleh cuba juga dapatkan ‘business card’ (sekurang-kurang nya ‘contact information’) dari setiap majikan.

Hindari sebarang kebiasaan yang tidak baik seperti bermain-main dengan rambut, mengunyah ‘chewing gum’, menggelisah, memegang hidung, dll.

Cuba ingatkan segala kunci kepada kejayaan temuduga. Ini termasuklah genggaman semasa berjabat tangan, senyuman yang mesra, ‘eye contact’ dan suara yang bertenaga.

Cuba hindari dari menggunakan perkataan seperti ‘um’, ‘aa’, dll.

Cuba ambil kesempatan masa yang anda peroleh untuk membina ‘rapport’ (hubungan) dengan setiap majikan, tetapi jangan memonopoli masa mereka.

Jangan sesekali pergi ke ‘booth’ majikan dan mencelah temuduga orang lain; tunggu giliran anda dan cuba bersopan.

Jangan bazirkan peluang untuk ‘network’, bukan sahaja kepada majikan, tetapi juga kepada sesama pencari kerja dan juga pengunjung yang datang ke Karnival Pekerjaan itu.

Jangan sebutkan apa-apa perkara yang negatif tentang kolej atau jawatan, syarikat atau penyelia anda yang lepas.

Cuba tanyakan tentang proses pengambilan bagi setiap syarikat, tetapi jangan tanya terlalu banyak soalan tentang gaji, cuti atau ganjaran-ganjaran lain.

************

Semoga dengan sedikit info ini dapat membantu anda menghadiri karnival kerjaya yang dianjurkan dengan lebih baik dan seterusnya memikat majikan yang ada disana. Semoga berjaya.

Post a Comment